Sujud sahwi ialah sujud kerana terlupa melakukan sesuatu sunat ab’ad seperti tertinggal tahiyat awal.
Hadis:
Dari Abdullah Bin Buhainah r.a., bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam mereka mengerjakan sembahyang, lalu baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk (untuk membaca tahiyyat awal); orang ramai pun bangun bersama-sama dengannya (meneruskan sembahyang) sehingga apabila baginda selesai sembahyang dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir semasa duduk, dan ia sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam.
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ
Subhaa naman laa yanaamu wala yashu..
Maksud:Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa
No comments:
Post a Comment