Khalifah Umar Al Khattab
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Nafiel bin Abdul Uzza
Nama Ibu : Hantamah binti Hasyim
Nama gelaran oleh nabi : Al-Faruq (orang yang boleh memisahkan antara yang haq dan bathil.)
Tanggal Lahir : 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi)
Umur : 63 tahun
Jawatan : Khalifah Ar-Rasyidin Kedua
Tarikh Lantikan : 634M
Lama Berkhidmat : 10 tahun
Antara sifat2 yang diriwayatkan:-
1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar" Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)
2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi
3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi
4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi
5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.
6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar
7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.
8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)
No comments:
Post a Comment